Selasa, 29 Mei 2012

SUper Duper wif oll frenz....

When Were Together
uppsss....korean style dear??haaha...mganggu je mamat belakang tuhhh...biase la..nak bgmbr juge ngan si cantik..hehhe..

WERE....outing at JALAN P RAMLEE,KL

KFC maa....hahhaax...org sruh cari maklumat...sempat ag p makan..terbaik..motif-bosannn...lalala...

PEACE.....x de gaya lain ke ???hahhaha....

ARTissssss gituuee..ko ada??....

USM PENANG.....we there...

nice view....

everything at JOHOR (kampung bukit banjar tangkak)

Bila Datin bersama2....
Persahabatan besar pengorbanannya...tanpa ikatan..robohlah segala apa yang dikongsi bersama...Thnks SAHABAT...kalianlah yg menyerikan kehidupan ini..frenzship 4 eva k...lup u all

FENOMENA BALIK KAMPUNG (KAMPUNG MENGILING LUBOK ANTU)


PENGENALAN
Sebagaimana biasa, ramai dalam kalangan masyarakat yang menetap di Bandar hanya akan balik ke kampung bagi menyambut sesuatu perayaan yang penting seperti Hari Raya, Hari Deepavali, Chinese New Year, Hari Gawai dan sebagainya. Tujuan utama mereka balik hanya untuk menemui keluaraga iaitu ibu, bapa, datuk, nenek, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai dan sebagainya yang tinggal di kampung. Namun, pertemuan tersebut hanya berlaku lebih kurang sekali sahaja dalam setahun itupun kadang-kadang yang balik dalam keadaan tergopoh-gapah atau saat-saat kecemasan sahaja. Dalam kepesatan dan pembangunan Negara pada hari ini, definisi balik kampung sudah banyak berubah. Balik kampung tidak semestinya lagi member gambaran mengenai pergerakan atau perjalanan seseorang dari Bandar tempat mencari rezeki pulang ke kampung asal mereka. Istilah balik kampung dalam konteks hari raya atau hari kebesaran ialah pulang ke tempat ramai saudara mara berhimpun, tidak kira lah sama ia pihak suami atau isteri. Contohnya, jika sepasang suami isteri terus kekal di tempat mereka menetap sehingga berpencen dan terus tinggal Kuala Lumpur, kampung bagi anak-anak mereka adalah Kuala Lumpur. Ada orang yang pulang dari sebuah kampung lain di mana mereka meneruskan hidup bersama suami atau isteri, ke kampung tempat mereka dilahir dan dibesarkan.  Begitu juga, umpamanya, seorang guru yang mengajar di sebuah kampung di pedalaman Sabah atau Sarawak pulang ke rumah keluarganya di sebuah taman perumahan di Johor Bahru. Atau, ada juga yang pulang dari sebuah cawangan universiti di Perlis kerana meneruskan pelajarannya, pulang ke sebuah kampung di Tawau, Sabah.
Kini, warisann budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional ini mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di Negara ini. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni dan banyak lagi. Tamadun sesuatu bangsa dapat dilihat daripada warisan seni budaya yang terdapat dalamnya. Jadi, warisan budaya ini seharusnya dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Salah satu tarikan pelancong ialah budaya sesebuah tempat atau Negara tersebut. Sebenarnya, keindahan pantai, lanskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakkan tempat misalnya, di Indonesia dan di Negara Thailand. Namun, yang uniknya Negara kita, yang tidak ada pada orang lain ialah budaya tradisional kita, sebagai contoh persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan tarian ngajat serta pelbagai perayaan dari pelbagai masyarakat  majmuk yang ada di Malaysia seperi perayaan Hari Raya, Chinese New Year, Deepavali, Hari Gawai Dayak dan sebagainya. Justeru, budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun Negara.
Rumah panjang kami (ruai kami) Bersama keluarga ketika perayaan HARI GAWAI 2011..hehe...family bahagia...ada mak, abah, kakak,abang,kakak ipar,adik, n anak buah..huhu..rindu2

LATAR BELAKANG KAJIAN
Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang yang merupakan salah satu daripada 14 buah negeri termasuk wilayah persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya ialah Iban, Bidayuh, Melayu, Cina, Melanau, Kayan, Kedayan, Penan, orang Ulu dan beberapa lagi suku kaum minoriti.
Walau pesat mana sekalipun sesebuah Negara itu, sesebuah tempat, sesebuah kawasan namun setiap orang pasti ada merasakan kehidupan di kampung sama ada asal seseorang itu memang dari kampung atau pergi ke tempat seperti ini untuk membuat kajian, lawatan mahupun ada aktiviti-aktiviti. Apa yang pasti, setiap orang pasti akan mengambil peluang untuk merasai suasana tinggal di kampung. Kadangkala, semua orang tahu bahawa kawasan kampung memang banyak menjadi tumpuan pelancong kerana banyak keunikan dan keindahan yang masih dikekalkan di kampung jika hendak dibandingkan dengan kehidupan masyarakat Bandar yang sentiasa sibuk dengan hiruk-pikuk manusia ke sana sini tanpa mengira siang dan malam. Memang tidak hairanlah jika balik ke kampung dianggap sebagai satu fenomena oleh masyarakat yang dikira sebagai kebiasaan masyarakat melakukannya terutama ketika masa cuti mahupun perayaan-perayaan yang penting yang hendak diraikan di kampung.
            Oleh hal yang demikian, penulis akan membuat kajian di kampung penulis sendiri yang terletak di Sarawak. Kampung penulis diberi nama sebagai Kampung Mengiling yang dijaga oleh ketua kampung kami iaitu Intang anak Kulak. Ianya terletak di pekan Lubok Antu, bahagian Sri Aman Sarawak. Kampung penulis lebih terkenal disebut sebagai rumah panjang kerana rumah tersebut dihuni oleh ramai penduduk dan mempunyai bilik masing-masing. Rumah panjang kami berusia lebih kurang 30 tahun selepas penduduk di kampung kami berpindah dari rumah panjang yang lama dan berpindah ke rumah yang penulis huni sampai sekarang. Apa yang akan dikongsikan penulis dalam tugasan ini adalah mengenai pelbagai perkara atau aktiviti menarik yang terdapat di kampung penulis di samping mengkaji sebab-sebab kampung tersebut sentiasa menjadi kunjungan tidak kira pelancong asing mahupun pelancong dalam Negara dan orang ramai yang terdapat di Malaysia ini

DEFINISI PELANCONGAN
Apa itu perlancongan? Pelancongan mempunyai pelbagai maksud mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan industri  pelancongan. Perkataan “tourism” datang daripada perkataan Latin iaitu “tornare” dan juga Greek iaitu “tornos” yang bermaksud pergerakan yang dilakukan dalam satu bulatan. Pada awalnya, Jafari (1997) mendefinisikan pelancongan sebagai “suatu kajian yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industry yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industry itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Menurut Leiper (1981) pula, menjelaskan pelancongan sebagai “suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancongan, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industry pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari. Walaupun definisi ini agak mendalam, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi pengertian yang jelas berkenaan pelancongan dan elemen-elemen yang terlibat dalam industry pelancongan secara khususnya.


HASIL KAJIAN
Seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian pengenalan, penulis mengkaji kajian di kaapung penulis sendiri berkaitan dengan pelbagai keunikan dan kepelbagaian factor seni dan budaya tradisonal yang terdapat di kampung penulis menjadi tarikan kepada masyarakat untuk datang ke kawasan kampung demi untuk menghayati, melihat, merasai sendiri suasana kampung yang penuh dengan nilai-nilai tradisonal. Tradisional yang berasal daripada perkataan latin “tradition” bermakna menyerahkan, menyampaikan, melangsungkan, mewarisi atau mewariskan dalam erti sesuatu yang diperturunkan atau dilanjutkan dalam struktur keturunan, kelompok dan juga kepercayaan sesuatu masyarakat. Tradisional lebih berbentuk budaya, adat, pemikiran atau juga dari segi kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat yang diteruskan oleh generasi kemudian. Tradisional terdahulu yang diperturunkan pada generasi terkemudian dalam kegiatan harian yang ditampilkan melalui corak atau rentak kehidupan dan biasanya tanpa perlu nota atau catitan kecuali bila kita memperkatakan tradisional yang berhubung dengan keagamaan. Kerana tradisional yang berasaskan cara hidup melalui keagamaan, biasanya diperturunkan beralaskan catitan, nota atau dipanggil kitab-kitab. 
            Antara sumber tradisonal yang akan dijelaskan oleh penulis dalam kajian ini adalah hasil-hasil kraftangan daripada daun mengkuang, buluh, pandan dan sebagainya yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan rupa yang mampu menarik minat pelancong asing, masyarakat Malaysia serta penduduk-penduduk kampung sendiri. Selain itu, kajian penulis juga melibatkan aspek tarian masyarakat Iban yang sentiasa dipersembahkan kepada para pelancong dalam dan luar Negara seperti tarian ngajat yang menggunakan pelbagai alat muzik yang menghasilkan rentak muzik yang sangat mengasyikkan. Kajian penulis yang ketiga akan menyentuh berkenaan makanan tradisi masyarakat Iban yang mampu menarik hati pelancong seperti “pulut pansuh, ayam pansuh, tuak seperti tuak beras dan tuak nipah dan sebagainya. Pakaian tradisi masyarakat Iban juga menjadi daya penarik kepada para pelancong dengan kepelbagaian aksesori dan peralatan yang mampu menghasilkan set baju Iban yang sangat unik dan menarik di mana berbeza dengan pakaian suku kaum yang lain. Kampung penulis juga ada menyediakan chalet untuk para pelancong tinggal. Bahkan, para pelancong tidak pernah putus sejak dahulu lagi ditambah pula oleh masyarakat kampung itu sendiri yang bekerja di Bandar yang tetap akan pulang sekali sekala yang membuktikan bahawa pelancongan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira pelancong dalam dan luar Negara mahupun penduduk-penduduk kampung itu sendiri serta jiran-jiran kampung yang berdekatan antara satu sama lain. Jadi, penulis akan menghuraikan kelima-lima seni budaya tradisi yang terdapat di kampung penulis yang menjadikan bahawa balik ke kampung merupakan satu fenomena atau lebih tepat lagi adalah kampung menjadi penarik kepada pelancong. Selain itu, penulis juga akan menyatakan berkenaan perayaan-perayaan yang diraikan kaum Iban juga salah satu dari tarikan orang tetap akan balik atau berkunjung kat kampung penulis. Antara contoh perayaan yangs sentiasa diraikan setiap tahun seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu dan gawai burung.
SKOP KAJIAN
Kajian penulis adalah mengenai sumber-sumber hasil kraf tangan masyarakat Iban yang diperbuat daripada daun mengkuang, buluh, pandan dan sebagainya. Manakala kajian kedua ialah mengenai tarian dan alat muzik masyarakat Iban, ketiga ialah menyentuh tentang aspek makanan tradisional, permaianan tradisonal Iban adalah kajian keempat dan yang kelima ialah mengenai Chalet yang terdapat di kampung penulis. Di samping itu, penulis juga akan mengkaji tentang perayaan-perayaan yang mengandungi unsure-unsur tradisonal semasa berlangsungnya perayaan tersebut.
1)      HASIL KRAF TANGAN
Menurut Peter Dormer, dalam bukunya ‘The Culture of Craft’, makna kraf dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith dalam bukunya yang bertajuk, ‘The story Of Craft’ yang menjelaskan keseluruhan proses penghasilan atau pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau untuk perhiasan semata-mata yang dinamakan sebagai kraf.
  
Gamabar 1: Hasil kraf tangan yang dipamer dan dijual
Berdasarkan kepada gambar yang terdapat di atas, itu adalah beberapa contoh hasil kraf tangan yang dihasilkan melalui daun mengkuang, pandan, rotan dan buluh. Kebiasaan, buluh yang paling kerap dan banyak digunakan oleh orang-orang kampung untuk menghasilkan pelbagai perhiasan seperti beg tangan, bakul, gambar dinding, tikar dan sebagainya. Penulis mengetahui bahawa faktor kepelbagaian jenis hasil kraf tangan yang unik dan menarik menjadi daya tarikan para pelancong untuk sentiasa datang ke kampung penulis. Bahkan, para pelancong tidak kira datang darimana pun, akan diperlihatkan dan diajar tentang cara-cara penghasilan kraf tangan sebagai contoh yang dihasilkan melalui buluh. Proses penghasilan kraf buluh ada peringkat-peringkat tertentu. Biasanya, buluh yang telah diperolehi akan dibuang miang dahulu, dicuci lalu dijemur sehingga kering, proses melurut, mewarna sehingga kepada penghasilannya yang terakhir. Jika di kampung penulis, para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk membeli pelbagai hasil kraf tangan tanpa mengira harga yang ditetapkan oleh penjual atau oleh orang kampung. Apa yang pasti, masyarakat yang datang ke kampung penulis pastinya sangat berpuas hati dengan layanan dan pengalaman yang menarik sehingga ada antara para pelancong yang sanggup datang berkali-kali. Justeru, faktor kraf tangan menjadi salah satu sebab sesebuah kampung atau kampung penulis sendiri menjadi tumpuan para pelancong setiap masa.
2)      TARIAN NGAJAT DAN ALAT MUZIK MASYARAKAT IBAN
Tahukah anda bahawa tarian ngajat  sangat popular dalam kalangan masyarakat orang iban di Sarawak. Ngajar bagi orang-orang Iban adalah tarian yang ditarikan khasnya ketika menyambut hari gawai, sebelum peperangan pada masa dahulu dan selepas musim menuai padi. Terdapat beberapa Jenis Tarian Ngajat Iaitu, Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayuh dan Ngajat Ngemai Antu Pala. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika penulis katakan bahawa tarian ngajat juga menjadi tarikan oleh para pelancong. Tarian ngajat ini juga sebagai satu acara yang mesti ada di setiap pementasan dan pertunjukkan kepada pelancong-pelancong yang datang. Jika di kampung penulis, paling kurang dua orang penari akan menari tariang ngajat iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Bahkan, para pelancong akan turut serta dan diajar serba sedikit tentang tarian ngajat yang sangat unik dan menarik pada pandangan masyarakat luar. Penari akan memakai pakaian tradisional seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung serta memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Di kampung penulis, tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas langsaran ke atas dank e bawah, penari akan melompat bersama iringan muzik atau lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk para tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawau untuk ber’rayah’ sambil membawa tengkorak musuh.
            Terdapat juga cara dan gerak tarian yang lain iaitu penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan akan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkerumong dan bunyi sape iaitu alat bertali seperti gitar. Ketika persembahan tarian diadakan, para lelaki yang menari disebt sebagai pahlawan yang mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian tersebut sambil memakai topi tradisionall yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Gambar 2: Tarian Ngajat Dan Alat Muzik Iban
  
   
      
       
3)      MAKANAN TRADISI MASYARAKAT IBAN
Apabila kita melangkah masuk ke dapur, nescaya makanan adalh perkara pertama yang akan kita cari atau kita ambil, sama ada kita hendak memasak atau makan makanan yang telah tersedia untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari juga cara-cara penyediaan makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigm ini, nescaya nenen dan datuk kita pasti akan sejuk hati melihat kejayaan kita yang mampu menjejaki kebolehan mereka dalam mengekalkan makanan tradisi. Di kampung penulis, pelbagai makanan tradisi yang boleh membuka selera sesiapa sahaja tidak kira para pelancong mahupun penduduk yang terdapat di sekitar tempat penulis. Sebagai suku kaum Iban, pelbagai makanan tradisi masih dikekalkan hingga hari ini kerana rasa makanan tersebut sangat sedap di samping caranya dimasak sangat menarik dan dikira unik bagi mereka yang baru pertama kali melihatnya. Antara makanan tradisional yang terdapat di kampung penulis adalah Hinava atau Hinava Ginapan, Umai, Ayam Pansuh, Cakar Ayam, Midin Belacan, Pekasam Ensabi, Pulut Pansuh dan sebagainya.
1.      HINAVA @ HINAVA GINAPAN
Hinava salah satu makanan tradisional  kaum Iban di Sarawak. Makanan ini selalunya disajikan semasa perayaan Hari Gawai.  Hinava ini sebenarnya berasal daripada Brunei semasa dibawah pemerintah kesultanan Brunei di mana terdapat seorang pelayar dari China yang singgah di Sarawak. Semasa berada di Sarawak, pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava. Ketika dahulu, ia hanya berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja. Pelayar tersebut juga memperkenalkan makanan tradisi tersebut kepada masyarakat Iban. Oleh kerana itulah, suku kaum Iban tahu tentang cara untuk membuat makanan ini tetapi menambahkan isi ikan yu, udang, sotong dan sebagainya di dalam menu masakan makanan ini. Manakala isi ikan juga akan dipotong keci-kecil yang menyebabkan rasanya sangat sedap sehingga memikat hati pelancong yang datang ke kampung penulis.  Di samping itu, terdapat pantang larang semasa pembuatan makanan ini. Kebersihan dan kesegaran amatlah dititikberatkan. Ikan, udang dan sotong yang dimasak haruslah yang segar-segar dan terus dimasak.
     
   Gambar 3: Hinava
2.      UMAI
Umai adalah salah satu makanan yang penting dan popular di Sarawak. Ianya menjadi makanan tradisi kerana sambutan yang sangat tinggi tidak kira oleh masyarakat di Sarawak sendiri mahupun dalam dan luar Negara. Umai sebenarnya berasal daripada kaum Melanau, namun ianya dibuat dan dimakan bersama oleh penduduk Sarawak begitu juga dengan suku kaum Iban. Tidak hairanlah penulis menyatakan bahawa umai menjadi sebahagian daripada makanan tradisi yang disediakan untuk santapan para pelancong yang ingin merasa keenakan umai. Selain itu, umai ini juga biasa dikenali sebagai ‘sushi Sarawak’ kerana penyediannya atau bahan-bahan yang digunakan untuk umai tersebut berasaskan ikan mentah yang segar seperti ikan bawal hitam, ikan terubuk, ikan pirang, ikan tilapia dan lain-lain lagi. Secara lebih mendalam lagi, umai adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
      Para pelancong serta orang-orang di Sarawak suka makan umai kerana penyediaanya yang sangat unik dan berbeza daripada makanan lain. Ikan-ikan segar yang digunakan untuk menghasilkan umai menjadikan ianya seperti telah dimasak sehingga rasanya sangat sedap walhal ianya tidak dimasak atau dipanasakan tetapi disebabkan kandungan atau perisa yang digunakan menjadikan umai seperti sudah dimasak. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas kerana penyediannya tidak memerlukan modal yang besar dan mudah disediakan. Secara umumnya, umai sedikit sebanyak menyerupai kerabu di Semenanjung Malaysia. Para pelancong bahkan akan melihat proses atau cara penyediaan umai yang sangat mudah. Sebagai contoh, ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya serta diperap bersama limau dan bawang merah dan juga dicampur dengan hirisan cili merah serta bahan-bahan sampingan yang lain.
   
Gambar 4: Umai
3.      AYAM PANSUH
Selain daripada hinava, umai, ayam pansuh juga merupakan makanan tradisional yang begitu sinonim dengan masyarakat Dayak di Sarawak. Ayam pansuh sangat diminati oleh pelancong-pelancong. Jika di kampung penulis, masakan yang wajib disediakan adalah ayam pansuh. Dengan menggunakan buluh lemang, ayam pansuh kemudiannya dibakar dengan  kayu api seperti memasak lemang bagi masyarakat Melayu. Perbezaannya, ayam pansuh dimasak tanpa menggunakan daun pisang sebagai pelapik di dalam buluh dan hanya mengambil masa lebih kurang 30-45 minit untuk siap dimasak, bergantung juga kepada api yang digunakan. Bagi penulis, makanan tradisional seperti ayam pansuh ini memang patut dikekalkan kerana setiap masakan di Sarawak khasnya suku kaum Iban sangat unik, menarik dan sedap kerana cara-cara penyediaannya menggunakan bahan semulajadi contohnya buluh, daun-daun dan sebagainya. Jika masakan lain yang lain biasanya hanya kerap dimasak semasa hari perayaan Hari Gawai Dayak tetapi masakan ayam pansuh ini tidak mengira waktu. Di kampung, makanan ini sentiasa menjadi menu hidangan utama oleh penduduk kampung mahupun untuk disediakan kepada para pelancong yang datang. Jelasnya, ayam pansuh ini juga merupakan salah satu makanan yang menjadi penarik kepada fenomena balik kampung oleh orang ramai serta pelancong dalam dan luar Negara.
 
Gambar 4: Ayam pansuh
4.      PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN
Apakah definisi permainan tradisonal? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita seperti permainan batu seremban, congkak, gasing, wau, sepak bulu ayam dan sebagainya. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di Negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Oleh itu, tindakan yang efektif perlu dilaksanakan untuk memastikan permainan tradisi terus wujud di minda masyarakat. Jadi, salah satu cara untuk mengekalkan tradisi ini adalah dengan mengetengahkannya dalam sektor pelancongan agar ianya mendapat sambutan sampai bila-bila. Penulis menjelaskan bahawa permainan tradisi menjadi penarik kehadiran para pelancong kerana di kampun penulis memang akan diadakan aktiviti permainan yang melibatkan para pelancong, pertandingan serta menunjukkan cara-cara penghasilan setiap permainan tradisi. Antara permainan tradisi yang dimainkan di kampung penulis seperti main layang-layang, ting-ting, batu seremban, congkak dan sebagainya. Bahkan, sabung ayam juga dikira dalam permainan tradisi yang selalu dimainkan walaupun ianya haram di sisi undang-undang. Permainan buluh juga amat diminati oleh para pelancong kerana mereka akan main bersama secara berpasangan.
 
Gambar 5: Permainan Tradisional

5.      RUMAH TUMPANGAN/CHALET
Di samping itu, kampung penulis juga ada menyediakan chalet yang berbentuk rumah panjang untuk kegunaan para pelancong yang ingin berehat atau bermalam. Kampung penulis ada menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik sehingga mampu menarik ramai pelancong dan orang ramai datang ke kampung penulis. Chalet terletak berhampiran dengan rumah panjang penulis, namun apa yang menarik di sini adalah, chalet tersebut di hadapan sebuah air terjun yang sangat cantik yang menjadi tempat kesukaan para pelancong untuk mandi dan santai. Di situ juga terdapat kolam ikan, di mana di dalam kolam itu terdapat pelbagai jenis ikan sungai yang boleh dipilih oleh para pelancong untuk dimasak dan dimakan. Suasana di kampung yang permai dan harmoni di samping keajaiban ciptaan Tuhan yang indah seperti kicauan burung, bunyi-bunyi binatang yang menghiburkan jika dibandingkan dengan kawasan Bandar yang hiruk pikuk dengan bunyi bising pelbagai kenderaan yang mengganggu. Dengan adanya rumah tumpangan seperti ini, para pelancong akan lebih menikmati keindahan kampung dengan tinggal beberapa hari di kawasan tersebut. Tidak hairanlah jika ada yang datang berkali-kali ke kampung penulis kerana sangat tertarik dan puas dengan kunjungan ke tempat-tempat yang menarik.
  
Gambar 6: Chalet/ Rumah Tumpangan











KESIMPULAN
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya yang sememangnya telah ada secara turun-temurun dan menjadi satu tradisi yang harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita di samping memperkenalkannya kepada masyarakat luar tentang keunikan budaya kita. Jadi, sektor pelancongan memainkan peranan yang penting agar fenomena balik kampung ini akan terus berlanjutan sampai bila-bila dan bukan sahaja untuk para pelancong tetapi bagi menarik golongan-golongan muda di Negara kita juga agar tradisi budaya tidak akan hilang dek zaman. Usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak tidak kira kerajaan, swasta atau NGO, individu dan masyarakat amatlah diperlukan agar matlamat Negara hendak melihat seni budaya terjaga dan terpelihara tercapai. Bahkan, pengekalan budaya dapat menjadi warisan seterusnya untuk generasi akan datang. Tanpa budaya, identiti sesuatu bangsa itu akan hilang begitu sahaja tanpa dipertahankan. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan dengan kekayaan warisan budaya Negara. Janganlah membiarkan kebudayaan hanya dilihat dan ditonton di muzium, di televisyen sahaja bak kata pepatah yang berbunyi ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Jadikan, sector pelancong sebagai langkah yang efektif dalam menggerakkan budaya tradisional selari dengan kemajuan dunia. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

     


RUJUKAN
Ralph Linton. 1936. ‘The Study Of Man’. New York: Appleton Century Crofts.inc
Robert H.Lowie, 1950. ‘Social Organisation’.London









Isnin, 28 Mei 2012

mY Love

my wonderful life with them...

Tarian Rakyat UKM(festival seni 2011)

Mak n Anak..hikhikhik...masa mandi kat sg congkak...
oppsss...kejap2..haa...ne mak,abah,2 org adik ksygan sy kononla..jumpe..pe lagi..gaduh la..huhuhu...miz u all
Tgok gambo ne kan..org kate sy comeyy..hikhik...perasan x abih2..

uisshhh...nmpak mcm artis je ngan style rambut ala curl gituuu...alallaa...hahahha...

cakkkk...yeaa3..dpat present..besar gileerr..brebut2 nak hdiah ne..akhirnyee..sy dapat..hehe..thnks bg yg mmberi..hahha..ne mase kat Pangkor island(KEM NADWAH KEPIMPINAN PEMASRA)

EUWWWWWWW...pipi ku...tembam..si tembam cumil la..hehehe...hemm cantik..haha

farha, umi n cumil...Kawasan BUkit Bintang KUala Lumpu(ronda2 gituu di waktu malam,)...sshhhh..korg nampak x yg kat tepi tue...eee...apekah??lalala...org ngedate..ehehe..x per..org asing beb...

uikk..ngah wat pe tu??...skodeng2...

tertunduk malu...amboi2...baju FUTSAL..ngeee

hikhikhik..dgn bangga nye mmpersembahkann..jeng2...dean sem lpas..haha...bole la...next sem..x lma ag nak exam..dean..i can...

Bangga..anak2 sarawak FSSK masa pnyampaian anugerah dekan...hehe...kami mampu..



OK LA....bhenti kat sini dulu..jgn rajin sgt nak 'mengupdate' katekan..lallala....ini saya, ini aku, ini ini ini..hehhee....



TARIAN KREATIF SARAWAK (HOPE KLBM SHOW)

MAJLIS PRA-GAWAI DAN KAAMATAN 2012
Pelayanan Untuk Kerajaan TUhan
sempena Pra-Gawai 2012 di SALOMA BISTRO KUALA LUMPUR

INILAH MUKA2 PENARI..
sy yg prtma dari KIRI (promote)..hahaha.... 

KEMBAR HAMPIR SEIRAS (EPAL WIF LINDA)...SAHABAT SELAMANYA

Anugerah Pelajar Cemerlang IPTA 2011/2012

ITS ME..LALALA.. <3 <3 <3 hehehe....



PANTUN WAKIL KOLEJ (kuo ukm)

Me and Team...walau skadar sampai ke separuh akhir..at-least kami berani dan myahut cabaran...hahaha...
LALALALA..COMEL NYE KAMI
PUTERI SANTUBONG..KIH KIH KIH...


Ahad, 27 Mei 2012

MY DREAM (DANCING)

walaupun, x sehebat, x sepandai orang lain, namun saya berusaha untuk belajar menari kerana ini adalah salah satu bidang yang saya gemari dan ingin ceburi. Sejak kecil lagi, saya suka menari tak kira tarian tradisional, klasik dan moden. Bagi saya, Menari adalah satu yang sangat memberi satu kepuasan yang tidak terhingga dalam diri saya. Bahkan, apabila menyambung pelajaran juga yang bersangkut paut dengan bidang seni dan budaya, keinginan saya terus berkobar-kobar. Saya tidak kisah kalau menari sekadar untuk belajar mahupun persembahan, janji saya juga mampu buat yang tebaik walaupun kita tidak pernah lari dari kesilapan. Puji Tuhan, tunjuk ajar dari mereka yang memang dah arif pasal menari, saya sedikit demi sedikit boleh membuat pergerakan yang 'basic' walaupun agak kaku...hahahhahahah..,.lawak di situ...

PERTANDINGAN PERTAMA YANG SAYA SERTAI (TARIAN KREATIF SARAWAK  DI USM,PULAU PINANG)
 



MUZIK TRADISONAL SAPE KENYAH

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo. 

      

     

OPKIM 2012 AT JOHOR

Percutian..ehhh bukan la...khidmat masyarakat katakan di sg tangkak Johor..best gilerr time ne..yg pnting..banyak goyang kaki..hehhee

comel la kami

bdk2 mnari..teror...suke2


agak2 leh jdi model x nanti???model bunga kt umh mak je 

dgn mak ksygn....ade iras2 sikit kan..hehhe

ne..ngan kak ina..eh slah..besfren eyna...anak angkat mak la...